Hal Ehwal Kokurikulum

 

Unit Hal Ehwal Kokurikulum MRSM Pasir Tumboh diletakkan di bawah pengurusan Pn. Nik Ruhayati Binti Nuawi iaitu Timbalan Pengetua Kokurikulum. Mula di wujudkan pada tahun 2009 dan berfungsi dalam mengawal selia perjalanan aktiviti kokurikulum pelajar. Unit ini terlibat secara langsung dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) serta semua pertandingan diperingkat MRSM Zon Timur dan MRSM SeMalaysia.

Dalam bahagian Kokurikulum terdapat kelab, persatuan, pakaian seragam, sukan dan permainan. Tiap-tiap bahagian ini mempunyai seorang guru penyelaras yang diketuai oleh seorang guru penyelaras Kokurikulum.

 

Kelab

Persatuan
Pakaian Seragam
Sukan & Permainan
 Bahasa Mandarin
Bahasa Inggeris
St. Johns Ambulans
Bola Jaring
Kelab Nasyid
Bahasa Melayu
Silat
Bola Sepak
Hafazan Al-Quran
Sains
Pengakap
Badminton
Kelab Kreatif
Matematik
Pandu Puteri
Bola Tampar
Pembimbing Rakan Sebaya
Agama Islam
Kadet Bomba
Ping pong
Dikir Barat
 
Seni Silat Terlak 4
Sepak Takraw
Kelab Kayak
 
Tae Kwon Do
Pentanque
Kelab Komputer
 
 
Equestrian

 

Pelajar-pelajar wajib memilih salah satu aktiviti kokurikulum daripada setiap bahagian. Setiap jenis kelab, persatuan, pakaian seragam atau sukan dikendali oleh sekurang-kurangnya seorang guru penasihat.

Pelajar-pelajar juga terlibat dengan aktiviti kokurikulum di peringkat maktab, antara MRSM (zon) dan juga kebangsaan. Disamping itu MRSM Pasir Tumboh juga mengambil bahagian dalam pertandingan sukan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.