Laman Utama > Kecemerlangan Akademik

Kecemerlangan Akademik

Jabatan Sains
24 July 2018 08:24 AM
admin

JABATAN SAINS

     

Jabatan Sains merupakan satu daripada empat jabatan yang terdapat di Maktab Rendah Sains Mara Pasir Tumboh. Jabatan Sains mempunyai empat unit iaitu unit Sains Teras, unit Biologi, unit Fizik dan unit Kimia. Jabatan ini diterajui oleh Puan Azmah bt Yusuf dan dibantu oleh 6 guru  serta 5 orang tenaga sokongan (pembantu makmal).

Jabatan ini telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mempertingkatkan lagi minat dan pengetahuan pelajar dalam menempuh dunia Sains dan Teknologi yang semakin berkembang. Antaranya ialah:

  •  Kelas Pengayaan
  • Kelas Pengukuhan
  • Pertandingan Tunas Saintis, Projek Sains, Robotik dan Roket
  •  

 

Jabatan Bahasa
24 July 2018 08:24 AM
admin

JABATAN BAHASA

 

Jabatan Bahasa meliputi guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jabatan ini mempunyai seramai 9 orang guru diketuai oleh Puan Hishamunizan bt Che Leh selaku Ketua Jabatan Bahasa dan dibantu oleh guru-guru kanan yang memainkan peranan penting dalam peningkatan kefahaman pelajar dalam tatabahasa setiap subjek. Antara aktiviti yang melibatkan pelajar adalah seperti:-

  1. Ceramah Teknik Menjawab Soalan PT3 & SPM
  2. Pertandingan Bahas dan Pidato
  3. Minggu Bahasa

·       

Jabatan Matematik
24 July 2018 08:26 AM
admin

JABATAN MATEMATIK

 

Di bawah jabatan ini, guru-guru dibahagikan kepada 3 unit mengikut mengikut subjek iaitu subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Sains Komputer. Seramai 8 orang guru bernaung di bawah jabatan ini yang diketuai oleh Cik Nor Syahazila bt Che Wil@Ismail selaku Ketua Jabatan Matematik.

 Unit yang dibentuk dibawah Jabatan Matematik : 

1.    Unit Matematik

2.    Unit Matematik Tambahan

3.    Unit Sains Komputer

Jabatan Matematik telah mengadakan pelbagai aktiviti dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Antaranya:

1. Memperbanyakkan kuiz

2. Ujian selaras dan ujian semester

3. Mengadakan model khas untuk pelajar-pelajar lemah dan model pengayaan untuk pelajar- pelajar cemerlang

4. Mengadakan kelas-kelas pemulihan di sebelah petang dan pada hujung minggu

5.  Mengadakan ceramah motivasi Matematik dan cara menjawab soalan

Jabatan Sains Sosial
24 July 2018 08:27 AM
admin

JABATAN SAINS SOSIAL

 

Jabatan Sains Sosial diterajui oleh Encik Nik Mohd Ariff bin Nik Ab. Rahman. Guru-guru dalam jabatan ini dibahagikan kepada 7 unit mengikut mengikut subjek iaitu subjek Pendidikan Islam, Geografi, Sejarah, Seni Halus, PJK dan Kemahiran Hidup & RBT. Seramai  16 orang guru bernaung di bawah jabatan ini termasuk Ketua Jabatan.

Unit yang dibentuk di bawah Jabatan Sains Sosial:

           1. Pendidikan Islam

       2. Geografi

       3. Sejarah

          4. Senireka 

à      5. Pendidikan Jasmani & Kesihatan

          6. Prinsip Akaun

          7. Kemahiran Hidup & RBT

 

 

  

Kurikulum MRSM
22 July 2018 11:12 PM
admin

Klik DI SINI untuk maklumat tentang Kurikulum MRSM.

Schoolwide Enrichment Model
24 July 2018 08:48 AM
admindt

Schoolwide Enrichment Model

Konsep Pelaksanaan Schoolwide Enrichment Model (SEM)

Pelaksanaan SEM di MRSM Pasir Tumboh adalah satu inovasi dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas akademik dengan menyediakan persekitaran persekolahan yang kondusif dan program pendidikan yang mencabar. 
SEM pada asalnya digubal untuk Program Pendidikan Pintar Cerdas kemudian dikembangkan dan digunakan di institusi pendidikan sebagai inovasi untuk meningkatkan pencapaian di bawah 'School Improvement Program'

Pelajar pintar cerdas akan dapat menghabiskan kerja mereka dengan cepat. Mereka perlu diberi latihan tambahan untuk mengelakkan mereka bosan dalam kelas, 'Kaedah Compacting & Differentation' diamalkan dalam proses pembelajaran. Mengikut Renzulli, kanak-kanak cacat disediakan program khas bagi menghadapi kesukaran belajar. Mengapa pula kita tiada program untuk pelajar yang pintar cerdas. 

Pelaksanaan  SEM  menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar yang membolehkan mereka mengenalpasti minat dan seterusnya memperkembangkannya melalui 'The Enrichment Triad Model' dengan pengalaman Pengayaan Type 1, Pengayaan Type 2 dan Pengayaan Type 3.

Pengayaan Type 1

Pelajar diberikan pendedahan kepada pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiswa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan dalam kelas formal melalui aktiviti seperti ceramah, dialog, tayangan, lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan lain-lain.Pengalaman dan penemuan melalui penerokaan ini membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk penerokaan dan penyelidikan selanjutnya (Pengayaan Type II).

Pengayaan Type 2

Pengayaan berikutnya adalah aktiviti-aktiviti  penerapan kemahiran dan emosi afektif. Semua pelajar diberikan kemahiran genetik seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar membuat penyelidikan, komunikasi dan mendapatkan bahan. Kemahiran khusus seperti analisis statistik data diberikan sekiranya diperlukan oelh pelajar dalam proses penyelidikan mereka. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk mendalami sesuatu bidang atau topik.

Pengayaan Type 3

Berdasarkan minat dan persoalan bersesuaian, pelajar akan menjalankan aktiviti penyiasatan dan penghasilan produk atau perkhidmatan yang ada impak ke atas audience sebenar. Pelajar akan berfikir dan bertindak sebagai seorang penyelidik professional dan mengkaji satu masalah atau topik sebenar menggunakan kaedah-kaedah yang autentik. Melalui aktiviti pengayaan Type III, pelajar akan mempraktikkan kemahiran dan emosi yang efektif yang diterapkan melalui Pengayaan Type II.

Pesta SEM TYPE 3 MRSM Pasir Tumboh biasanya berlangsung pada semester dua setiap tahun berjaya dijalankan dengan jayanya serta dilawati oleh guru-guru dan pelajar sekolah-sekolah berhampiran. Di sini, pelaksanaan program SEM ini dapat dilihat sebagai suatu pendekatan pendidikan yang istimewa dalam melahirkan profesional yang melalui proses rutin dalam mengkaji dan menghasilkan sesuatu dapatan dan produk.