JABATAN MATEMATIK

 

Di bawah jabatan ini, guru-guru dibahagikan kepada 3 unit mengikut mengikut subjek iaitu subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Sains Komputer. Seramai 8 orang guru bernaung di bawah jabatan ini yang diketuai oleh Cik Nor Syahazila bt Che Wil@Ismail selaku Ketua Jabatan Matematik.

 Unit yang dibentuk dibawah Jabatan Matematik : 

1.    Unit Matematik

2.    Unit Matematik Tambahan

3.    Unit Sains Komputer

Jabatan Matematik telah mengadakan pelbagai aktiviti dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan. Antaranya:

1. Memperbanyakkan kuiz

2. Ujian selaras dan ujian semester

3. Mengadakan model khas untuk pelajar-pelajar lemah dan model pengayaan untuk pelajar- pelajar cemerlang

4. Mengadakan kelas-kelas pemulihan di sebelah petang dan pada hujung minggu

5.  Mengadakan ceramah motivasi Matematik dan cara menjawab soalan